“Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan”

 

~ Usman Awang ~

High Impact Seminar adalah platform yang mengumpulkan tokoh-tokoh ilmuwan atas satu visi dan matlamat yang sama iaitu menyatupadukan masyarakat dan mengangkat martabat bangsa Melayu Islam di seluruh rantau Nusantara ke persada dunia.

Bangsa Melayu memiliki sejarah ketamadunan yang hebat setaraf dengan bangsa-bangsa maju yang lain di dunia. Bangsa Melayu telah pernah melalui zaman kegemilangan ketika era kekuasaan empayar Melaka yang pernah dulu menjadi pusat perdagangan dunia.

Malangnya akibat ketamakan dan kerakusan kuasa, bangsa Melayu saling bercakaran antara satu sama lain. Kegemilangan empayar Melayu Islam berakhir dengan jatuhnya rantau Nusantara ke tangan penjajah Eropah.

Kini setelah lima abad bumi Melayu dijajah dan sudah lebih 60 tahun merdeka, bangsa Melayu masih tidak sedar, masih saling bercakaran dan tamak rebutkan kuasa. Minda mereka seperti masih terjajah dan kehilangan jatidiri.

Inilah masanya untuk bangsa Melayu merapatkan saf demi mengangkat kembali maruah yang telah hilang ditelan zaman. Allah telah memilih bangsa Melayu untuk diberi nikmat Islam. Janganlah ia dipersiakan. Allah tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita sendiri mengubahnya.